Wednesday 23 January 2013

KeperibadianMu menjadi ikutan tauladan ummah:)

Assalamualaikum..

Haaa..hari ni lia nak post tentang idola lia iaitu junjungan besar tercinta kita Nabi Muhammad SAW..(jawab jgn xjawab)..ehehe..

Masa kecik2 dulu..selalu dengar cerita tentang nabi Muhammad SAW drpd para ustazah dan ustaz tercinta..(kelass ko ayat lia..)..ahah..sekarang ni..dah takde orang nak cerita kat lia..well..dah beso le katekan..uhuk..uhuk..So..can uolls lend me your ear to hear my story??ahaha..mak nujum nak bercerita neyh anak2..are u ready??(betol2kn speck mate)..ececeh..macam le i pakai speck><

Kisah ni lia paling minat.."Kisah Rasulullah SAW dengan pengemis yahudi yang buta"

bermulanya..

Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”
Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis ituwalaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.
Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagiRasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.



Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
bantulah mereka semampunya diri ini..tp jgn tertipu dgn pengemis moden!
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Alhamdulillah..cerita ponggg da abis...lia akui bahawa keperibadian Rasulullah SAW sangat mulia..kite sebagai umatnya..belajarlah mencontohi sifat2 terpuji ini.. inshaAllah kite akan jadi seorang yang lebih baik dprd sekarang..sama2 kite belajar okey?saye insan yang lemah dan tidak sempurna..maafkan segala kekhilafan yang saye lakukan..

salam maulidurasul kawan2><

only this for today..May Allah bless uolls..ameen
         
                       Assalamualaikum..kalau jawab sayanggg..xjawab ponggg sayang..ahaha..thankss for read my entry!take care uolss!chill with nescafe(tetibe2)..bye!







3 comments:

  1. nice entry dear.. post lagi entry2 yg best ek.. may Allah bless on everything u do.

    ReplyDelete